Assalamualaikum & Hello semua..
Malam ni ambik topik panas-panas pisang goreng sikit. Ye la, teringat zaman Eza masih budak hingusan dulu. Pergh.. Mana ada terlepas nak minat orang ini orang itu. Tak pun, kawan-kawan yang nakal usik korang dengan mamat ini mamat itu. Dua tiga kucing berlari, mana nak sama siput mengengsot.. So, nak dijadikan cerita memang zaman muda mudi ni la kegatalan menunjukkan belang.
Sang jejaka yang tak berapa hangat di pasaran, bajet hensem. Sang dara yang tak berapa gojes, perasan Miss Universe. Ada-ada je kan? Santan tak habes-habes diperah kalau dok asyik tuang air. Keperasanan bermula pada usia remaja. Kalau ikut zaman sekarang, mungkin dah start dari tahun tiga. Ikut hormon jugak la. Eza pun tak pasti.
Jujurnya, Eza sangat cemburu kepada sahabat-sahabat perempuan yang tak pernah bercinta. Untungnya mereka masih dapat mengawal diri mereka dari meluahkan rasa cinta. Awesome. Yup, dugaan kita sebagai manusia ni berbeza-beza. Ada yang melalui perasaan. Ada yang melalui fizikal. Setiap orang ada kelainan dari setiap sudut kehidupan. Jangan sekali-kali samakan hidup korang dengan hidup orang lain.
Kisah playboy dan playgirl akan tamat bila dia temui cinta yang sejati. Jangan pulak korang ingat, playboy ni untuk selama-lamanya. It doesn't true actually. Tapi kalau ada jugak, mungkin kes-kes terpencil. So, kalau korang dapat pasangan yang ada sejarah playboy or playgirl, berilah kepercayaan kepada mereka walaupun susah. Sebab dari pengalaman dorang, dorang belajar erti kesetiaan bila dorang temui orang yang dorang cintai.
Pengalaman pahit akan mengajar kita erti kehidupan yang lebih baik. Berterima kasih lah kepada musuh korang. Sebab musuh yang paling membenci korang adalah orang yang terbaik dalam mengkritik korang dari segala aspek. Mata dorang lagi besar dari mata kita. Hohoho! Dengan kritikan dan umpatan dorang tu lah yang membuatkan kita lebih maju kehadapan. Selangkah, dua langkah sampailah ke SERIBU langkah. Thanks a lot, ENERMY (ies).
p/s: Alhamdulillah, kawan Eza [ berjantina lelaki ] akhirnya berubah ke arah kebaikan setelah merantau ke negara lain. Semoga beliau istiqamah dalam melakukan amal kebaikan. Syukran sahabat kerana masih ingat akan Eza yang huduh ni. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan bertemu di puncak kejayaan. Buat masa sekarang, masanya belum tiba. :D
p/s: Doakan yang terbaik untuk Eza jugak eh korang. BE A GOOD GIRL, Eza! :D







12 komen(s) dari buah hati :D:
dulu masa skolah ada jugak minat2 kat org..hhehe
huhu...artikel yg menarik..hihi..jmput dtg blog sy..
dulu masa skolah ada jugak minat2 kat org..hhehe
nice entry:)
hee...nana pun sama,masa dulu2 la pandai2 nak minat kat org tu,org ni.hee...berkirim salam bagai:)
sekarang malu-malu kucing da nk buat gitu^-^
eza, masa kat sekolah aku pun tak bercinta. bile kenang balik kadang rasa rugi. kadang rasa gembire. hehe
kagum ngan orang yang mampu kawal.saya ni pantang tengok awek cun,mesti nak usha.tapi dulu la.skang ni setia pada yang satu.hehehe
said..
interesting experience..yup, sume org ade kisah masing-masing,pengalaman masing-masing.. hopefully yg mana negatif tu dapat ditukar kepada sifat positif.. to Eza, hope you'll be a better girl yea.. =)
dya pun, masa sekolah dulu ada lah jugak minat kt seseorg..siap2 surt2 lg..haha..
zaman skola zmn minat2 mmg ada..hihi..kngn semua itu.
i like this entry..hehehe.. yuppy..tak selamanya player akan jadi player..same goes to criminal.tak selamanya dia akan jadi penjenayah
kmk zaman sekolah dolok... minat2 jak... tp sik pernah sampay bergerek... hehehe
zaman sekolah dulu memang ramai yg bercouple.. huhu.. tapi yang tak boleh blah, baru 3 hari couple da minta ptus.. ntah apa- apa jer budak2 ni.. haha..
Post a Comment