Assalamualaikum & Hai semua.
Sebenarnya dari semalam Eza sedih sangat. Hee. Nampak je cool kan. Tapi air mata tak surut-surut. Semalam dugaan datang lagi. Namun sudutnya berbeza. Apa yang Eza rasa selama ni memang dah jadi kenyataan. Yeah. Dunia sekarang semua pandang harta, pangkat, keturunan. Semua pasal money. Ka ching ka ching! (bunyi duit).
From now on, Eza akan belajar menerima. Eza hormat sangat orang yang berpangkat tinggi. Tapi, bila manusia yang 'beruntung' layan manusia yang sederhana dengan layanan yang amat-amat menyentapkan hati, jiwa dan raga. Awak hilang respect dari Eza. Bukan semua orang bernasib baik jadi kaya. Bukan semua orang juga nak diri dia dalam serba serbi tak cukup. Menilai orang tanpa tahu kehidupan yang sebenar amatlah salah sama sekali. Tapi dengan kekurangan ini la yang buat Eza tahu erti bersyukur.
Yes, Eza memang sedih. Manis bicara depan-depan, di belakang umpatan merata-rata. Selama ni Eza memang bersangka baik. Eza seorang yang positif. Eza takkan judge orang sebarang selagi tak kena diri Eza sendiri. Tapi, 29 februari 2012 merupakan titik noktah untuk Eza menggambarkan awak seorang yang baik seperti kepercayaan Eza selama ini. Kisah hidup kita tak sama. Mungkin kehidupan awak lebih sempurna bagi awak. Hidup Eza pun cukup sempurna walaupun Eza bukan anak jutawan.
Tapi, bila pangkat dan nama jadi penimbang untuk awak campak maruah seseorang. It's too much. Really make me upset. T_T. Terima kasih sahabat kerana tolong Eza. Mungkin Eza memang tak perlukan bantuan awak. I just wonder about that, not eager to get it. huh! Salah faham dari awak, yang jadi mangsanya Eza. Tsunami dalam hidup Eza, bukan hanya sekali. Mungkin akan ada lagi pada masa mendatang. Pengajaran mengajar Eza supaya lebih tabah. Ya Allah, tabahkan hati Eza..
Perkataan yang Eza pegang dari semalam dan insyaAllah sampai bila-bila;
Perhaps SIN that HUMBLE you is better than a GOOD DEED that make you ARROGANT.






21 komen(s) dari buah hati :D:
nape ni dear..sbr ea..
pasti ada blsnnya n hikmahnya..
hmmm sabar ye eza...huuuu
jangan sedih tau... muah!
sabar ye eza.tulah masalah skang ni.sume nak kejar nama,pangkat,harta pe sume sampai benda lain yang lebih penting tolak ke tepi
ala...nape ni sedih2? cool ok??
bese la manusia.cepat lupa diri..sabar ye eza. :)
tabahkan hati ye sygs..ika ade..ika memahami perasaan eza
sabar ye sis :')
sabar k kak..
biasalah dunia..macam benda boleh berlaku..yg penting kita kena move on..reena bw sini..jom singgah blog reena =)
biasalah dunia..macam benda boleh berlaku..yg penting kita kena move on..reena bw sini..jom singgah blog reena =)
sabar ya kak...
sabar ye Eza..sebenarnya pankat dan kekayaan itu lebih besar dugaan nya..hanya Allah Maha Mengetahui di sebaliknya nanti
pangkat memang kadang2 membutakan hati ramai pihak kan.
sabarlah dear :)
tak moe sedih2 ya ..
sabar sayang..sabar...Allah ada bersama kita :)
sabar taw eza, de hikmah setiap d sebalik yg berlaku. jdkn setiap yg berlaku itu supaya kita lebih2 berhati2 n berwaspada.
dan jdkn setiap yg berlaku itu membuatkn kita terfikir yg x pernah kita fikirkn mksd yg tersirat d sebalik yg berlaku itu.
peace eza:)
kekecewaan dan kesedihan menuntut sifat kesabaran seseorang... jangan bersedih yeee...
sabar k.. comel je pic budak tu.. :)
asyrulamy.blogspot.com
tuhan sudah tunjukkan kita benda ndak baik...berharap kita tidak seperti orang macam tu
akak.. knpe? jgn sdih2 ok ;)
bolat ade.. klau nk im bolat kt fb pon okay (^^,) *hug*
p/s: akak ade dlm dua2 bloglist okay!
xcek mne akak tahu (><)
Post a Comment